Sememangnya banyak kes melibatkan pemandu teksi tunjuk samseng kaki buli di sekitar Kuala Lumpur, khususnya. Ada pemandu teksi yang gemar memandu laju, kenderaan tidak selesa, mengetuk pelanggan dengan caj yang mahal dan ada yang bersikap kurang ajar. Sebab itulah ada pihak mengambil inisiatif untuk menggunakan perkhidmata UBER, tetapi tidak sokong pula oleh kerajaan.
Kebetulan hal ini terjadi kepada pelakon Fiza Halim yang juga isteri kepada penyanyi Adam AF, jadi kisah ini menjadi viral. Semoga para wanita di luar sana berhati-hati dengan tindakan licik sesetengah pemandu teksi di Malaysia ya. Kejadian ini berlaku di lebuhraya Selayang-Kepong, berdekatan Petaling Jaya dimana Fiza hampir dibuli oleh seorang pemandu teksi yang didakwa bukan seorang warganegara Malaysia.
Fiza yang menulis di laman Instagram miliknya ( @fizahalim81 ) , telah menceritakan kisah hitam yang berlaku baru-baru ini :
“Assalamualaikum semua….terlebih dahulu saya ingin memohon maaf andai saya terkasar bahasa disini. Jam 3 petang tadi berlaku satu insiden dimana seorang pemandu teksi yang bernama MOHD GHULAM MAULA BIN ABDUL RAHIM…..terlalu kurang ajar! Dia membawa teksi seperti orang gila, kemudian dia memberhentikan kereta di hadapan kereta saya dan bertindak menghalang ( block ) kereta saya dan anak buah saya di tengah-tengah jalan. Bukan itu saja, malah dia terus memberhentikan kenderaannya. kalaulah ada lori datang dari belakang…mmg kena sodoklah jawabnya kereta saya.
Kemudian dia turun kereta dan terus marah-marah saya. Mungkin dia ingatkan saya seorang saja di dalam kereta. Kemudian saya menyuruh anak buah saya yang kebetulan bersaiz besar untuk menyelesaikan hal ini.Terus dia kecut perut.
Tolonglah kepada semua pemandu teksi. Janganlah jadi pembuli jalan terutamanya kepada kaum wanita. Saya akan laporkan kes ini kepada pihak yang berkenaan dan saya takkan biarkan dia terlepas. Kerana ini membabitkan nyawa. Kalau jadi apa-apa tak ke susah. Patutlah banyak orang yang benci dengan pemandu teksi yang berperangai sebegini.
KERANA NILA SETITIK…ROSAK SUSU SEBELANGA.Hati-hati sebelum buat perangai macam ini. Jadilah seorangg warganegara yang berhemah dan beradab. Nasib baik saya masih lagi dapat istighfar dan fikir panjang…kalau tak..hhmmm.. Hati-hati dengan tingkah laku kita ya wahai pemandu teksi yang berkenaan.”
0 Response to "Pemandu Teksi Tunjuk Samseng, Kaki Buli.?"
Post a Comment