Kes rumah tanggah Raja Azmi Raja Sulaiman sejak tiga bulan lalu dijangka berakhir esok apabila penerbit dan penulis mengesahkan beliau bakal bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, esok. Sudah menjadi asam garam sebuah perkahwinan jika sefahaman tidak lagi wujup antara satu satu sama lain maka titik noktah akan menjadi penyelesaiannya. Kami di sini turut bersimpati atas nasib menimpa Raja Azmi.
Raja Azmi, 55, yang dihubungi berkata, dia tidak mahu mengulas lanjut mengenai kes itu sehingga proses perceraian itu selesai petang esok.
"Ya memang betul (akan bercerai) petang esok. Saya minta maaf tak dapat nak komen lebih-lebih buat masa ini sebab saya perlu menghormati suami saya.Sumber mendakwa Raja Azmi dan suaminya, Eddie Ghazali akan bercerai petang esok di mahkamah berkenaan selepas tiga bulan tinggal berasingan.
"Apa-apa, saya akan berkongsi selepas selesai semuanya esok," katanya.
Konflik yang dipercayai tercetus kerana tiada persefahaman menjadi faktor utama perceraian itu.
Sebelum ini, krisis pasangan ini yang sudah mengakui bahawa hubungan mereka sudah mula renggan sejak Julai yang lalu lagi. Pasangan ini bernikah pada 13 Oktober tahun lalu.
ItsMePicutre: Biasala dah jadi asam garam dalam rumah tangga sebab ia tak selamanya bahagia, tanpa masalah. Sifat manusia sendiri yang kadang-kadang terlalu mengikut emosi tambah dengan ego pula itu yang menyebabkan tercetusnya pertengkaran antara suami dan isteri. Ada juga benda yang remeh pun boleh jadi isu bertengkar. Betul tak?
0 Response to "Isu Rumah Tangga Raja Azmi Bakal Cerai.."
Post a Comment