(10 Gambar) Ozlyn Wati Tak Kesah Perangai Pengikut Di Akaun Instagram
Pelakon dan juga isteri kepada pelawak terkenal Johan, Ozlyn Wati telah ditegur oleh pengikut-pengikutnya di laman sosial Instagram setelah memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan anak-anak mereka sedang bersolat.
Tetapi hal itu disalah ertikan oleh pengikut-pengikut mereka yang mengatakan tidak perlulah untuk menunjuk perkara sebegitu kerana bukanlah dia seorang sahaja mempunyai anak yang bersolat.
“Saya hanya berkongsi perkara-perkara yang baik sahaja, rasanya itu tidak ada masalah, lagipun itu Instagram saya. Saya rasa benda sebegini tidak perlulah untuk diambil sebagai satu isu yang besar, lagipun benda ni kecil sahaja dan saya tak akan ambil pusing mengenai isu ini,” jelasnya.
BACA: Isteri Johan Mengamuk! Perminat Tegur Cara Anak Bersolat
Menceritakan bahawa pada mula-mulanya Instagram adalah untuk keluarga sahaja tetapi apabila peminat-peminat mengetahui dan meminta untuk mengikutinya di Instagram, dia yang tidak mempunyai pilihan lain telah menerima mereka untuk menjadi pengikut di laman sosial itu.
“Mula-mula Instagram adalah sekadar untuk keluarga sahaja tetapi apabila orang sudah tahu, saya sudah bersedia untuk berkongsi apa sahaja dan boleh dikatakan sehari itu sehingga lebih 1000 permintaan untuk mengikuti Instagram saya. Sekiranya gambar-gambar tersebut dianggap baik saya tiada masalah mengenainya dan sebaliknya,” katanya.
Sementara itu Ozlyn Wati yang kini sarat mengandung bakal melahirkan anaknya dalam masa lebih kurang 2 bulan lagi. Ozlyn juga turut membintangi telemovie Apa Guna Berjanji untuk Tribute P.Ramlee yang bakal disiarkan pada 23 November ini, di RTM 1.
kalo dah jadi artis, korek hidong pon orang sibuk nak ambik port. sabo jela
ReplyDelete