Nora Danish Berjaya Tepis Dato’ Siti Nurhaliza dan Lisa Surihani
KUALA LUMPUR, 14 OGOS 2014: Meskipun belum pernah memegang gelaran pelakon atau selebriti paling popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), sebagaimana Dato’ Siti Nurhaliza dan Aaron Aziz, namun Nora Danish ternyata paling popular di laman sosial Instagram.
Semalam secara rasmi, jumlah pengikut pelakon Pengantin Malam itu di laman Instagram telah mencecah lebih 1 juta sekali gus mengetepikan selebriti popular lain antaranya Lisa Surihani (738,000), Zizan Razak (721,000), Datuk Siti Nurhaliza (692,000), Scha Alyahya (668,000) dan Aaron Aziz Cuma 479,000 pengikut.
Nora Danish menerusi temubualnya bersama akhbar online, BH Online berkata, dia hanya berkongsikan gambar aktiviti seharian ketika di lokasi penggambaran, gambar anak, selfie dan termasuk gambar peribadinya dengan insan rapat.
“Setiap komen sama ada positif atau negatif saya sentiasa terima. Saya perlu tebalkan telinga dan muka, kerana bukan semua sukakan kita. Saya juga mengambil pendekatan menyekat mana-mana akses pengikut yang agak keterlaluan.
“Ikutkan saya jarang menyekat akses mereka yang sering memberi komen negatif terhadap gambar yang dimuat naik, sebaliknya saya selalu menyekat akses remaja lelaki yang suka memberi komen lucah.
“Dalam apa kemungkinan dan seiring dengan 10 tahun usia pembabitan seni, saya bersedia dengan tohmahan,” katanya dalam BH Online semalam.
Menerusi akaun Instagramnya @noradanish, Nora Danish setakat ini telah memuat naik gambar sebanyak 7,193 dengan purata 10 kali kemas kini sehari.
Sumber: BH Online & Instagram Nora Danish
Instagram:mrstailista
Twitter:@mrstailista
0 Response to "Nora Danish Berjaya Tepis Dato’ Siti Nurhaliza dan Lisa Surihani "
Post a Comment