[Gosip Panas] Artis Wanita Popular Gaduh Dengan Ibu Mentua Waktu Raya?


Ini gosip terbaru kami terbaca, biasa la dimana ada artis disitu la ada gosip. Gosip panas yang mengatakan artis @ pelakon wanita popular gaduh dengan ibu mertua semasa Hari Raya?... Baca selanjutnya dibawah

Diam tak diam rupanya hari ini dah hari ke-16 dah kita menyambut lebaran untuk tahun ini. Meskipun begitu, adat kunjung mengunjung dan maaf-bermaafan masih lagi dilakukan, tak kiralah dengan ahli keluarga dan sahabat handai.

Namun, pagi tadi, bila celik je mata ini, kami menerima berita yang agak kurang enak daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Huhu. Memang dahsyat betul informer-informer ni.

Ha..nak tahu berita apa? Macam ni, khabarnya ada seorang pelakon popular ni bergaduh dengan ibu mentuanya semasa menyambut hari raya baru-baru ni. Aik? Raya pun nak bergaduh?

Sumber-sumber memberitahu, si pelakon wanita ni langsung tak muat naik gambar raya dengan keluarga mentuanya di laman sosial. Bila kami selidik, memang tak ada pun. Cuma kami anggap kemungkinan tahun ni bukan giliran untuk beraya bersama keluarga sebelah suami.

Tapi daripada apa yang disampaikan, pertelingkahan antara mentua dan menantu ini dipercayai bermula apabila ibu kepada pelakon berkenaan bertindak meluahkan perasaan tak puas hati di laman sosial besannya.

Ibu kepada pelakon ini dikatakan ‘panas hati’ dek kerana ada ‘batu api’ yang mempersoalkan kenapa dirinya tidak dijemput semasa majlis yang diadakan pada malam raya di rumah si besan.

Malah, menantu bukan pilihan itu juga dikatakan kerap ‘merisik maklumat’ mengenai seorang pelakon wanita yang pernah mempunyai kaitan dengan suaminya, sedangkan wanita yang ‘dirisik’ itu langsung tak ambil peduli dan tak hairan pun.

Nak dijadikan cerita lagi, ibu kepada wanita yang ‘dirisik’ ini dijemput pula di majlis malam raya tu. Hurm.. Macam-macam hal. Tapi, takpelah. Mungkin suatu hari nanti ikatan silaturrahim mereka sekeluarga akan terjalin erat. Yelah, sampai bila nak bergaduh kan?

Kreadit topup: OhBulan

0 Response to "[Gosip Panas] Artis Wanita Popular Gaduh Dengan Ibu Mentua Waktu Raya?"

Post a Comment