"Fesyen Jilboobs" Ditentang Hebat Mufti Indonesia

"Fesyen Jilboobs" Ditentang Hebat Mufti Indonesia

JAKARTA, 14 OGOS 2014: Susulan daripada kehadiran sebuah akaun Facebook bernama Jilboobs Community yang menjadi fenomena di Indonesia sejak diperkenalkan awal tahun ini, Majelis Ulama Indonesia (MUI) baru-baru ini telah mengeluarkan fatwa haram berkenaan pemakaian fesyen  muslimah itu.

MUI secara tegas telah mengeluarkan fatwa haram mengenai pemakaian gaya berkenaan yang masih memperlihatkan bentuk tubuh.

Fatwa berkenaan turut merujuk kepada wanita yang menggunakan hijab, namun tetap mengenakan busana seksi yang memperlihatkan bentuk tubuh mereka yang kini dikenal dengan istilah ‘jilboobs’.

Wakil Ketua MUI, KH Ma’ruf Amin dalam satu kenyataan berkata, sudah ada fatwa daripada majlis berkenan tentang proografi termasuk perihal memperlihatkan bentuk tubuh, berhijab  tetapi berpakaian ketat.

Menurut Ma'ruf, pihaknya mengharamkan cara berpakaian jilboobs berikutan aurat yang ditutup oleh wanita muslimah tersebut tidak sesuai dengan apa yang menjadi syariat Islam.

MUI menyarankan supaya setiap wanita muslimah yang sudah mengenakan hijab supaya  lebih memperhatikan cara mereka berpakaian.

Akaun Jilboobs telah memuat naik  sejumlah foto wanita mengenakan fesyen berhijab tetapi dalam masa yang sama pakaian mereka terlalu ketat sehingga menunjukan bentuk  payudara wanita-wanita berkenaan.

Via: Murai Batu

0 Response to ""Fesyen Jilboobs" Ditentang Hebat Mufti Indonesia"

Post a Comment