3 Alasan Paling Popular Pekerja Malaysia Ambil MC Terbongkar


Tahukah anda, berdasarkan tunjauan yang dilakukan Jobstreet Malaysia,57%  daripada  pekerja di Malaysia telah memalsukan perihal sijil cuti sakit mereka (MC) . Malah golongan ini juga sanggup membayar sehingga RM 25 untuk mendapatkan MC palsu semata-mata untuk ponteng kerja.

Portal pekerjaan itu juga mendedahkan bahawa tiga alasan utama mereka berbuat demikian adalah tiada mood untuk bekerja, berasa penat dan juga untuk menghadiri temuduga pekerjaan lain. Berdasarkan kenyataan media yang diterbitkan juga, ini adalah tanda yang mereka hilang motivasi untuk bekerja dan menipu hanya kerana tidak mahu datang bekerja.

Walaupun majoriti daripada pekerja yang ditinjau  berkata mereka tidak menyalahgunakan sistem MC, satu perempat daripada mereka berkata mereka sanggup membayar untuk menipu jika berpeluang berbuat demikian.

Salah seorang daripada peserta yang merupakan seorang Eksekutif Kanan berkata , “Saya akan membeli MC jika bos saya tidak meluluskan cuti saya dan saya perlu beristirahat setelah bekerja 14 jam sehari sebelumnya”.

Budaya ponteng kerja sebegini telah menyebabkan majikan membiaya kos sehingga 2.9 Billion setahun. Apabila majikan ditanya apakah tindakan yang telah diambil sekiranya kakitangan didapati mendapatkan sijil cuti sakit palsu, majikan berkata mereka akan mengeluarkan surat amaran serta memberi amaran lisan dan penilaian prestasi yang lemah sebagai langkah untuk mencegah masalah ini.

Semakan dengan klinik perubatan untuk mengesahkan bahawa kakitangan tersebut sememangnya sakit juga merupakan kaedah biasa yang dilakukan jabatan Sumber Manusia  (HR) untuk mengesahkan kesahihan MC.

Pekerja yang menyalahgunakan kemudahan cuti sakit cenderung adalah dari orang-orang yang mempunyai komitmen rendah, semangat yang lemah , dan tidak mempunyai keseimbangan kerja dan kehidupan.

Anda sendiri bagaimana? Pernah ambil MC untuk ponteng kerja?

[ Sumber : Free Malaysia Today & The Malay Mail]

0 Response to "3 Alasan Paling Popular Pekerja Malaysia Ambil MC Terbongkar"

Post a Comment