(5 Gambar) Pasangan Lesbian Muslim Dikahwinkan Imam Gay
Pasangan Lesbian Muslim yang berasal dari Iran telah nekad berkahwin di Stockholm, Sweeden. Pasangan tersebut, Sahar Mosleh dan Maryam Iranfar telah menjalinkan hubungan selama 9 tahun setelah mula berkenalan di internet.
Macam-macam hal yang pelik berlaku sekarang. Perkawinan sama jantina mungkin bukan perkara yang luar biasa lagi buat segelintir negara namun dalam Islam, hubungan seperti ini adalah dilarang sama sekali.
Salah seorang daripada mereka iaitu Sahar adalah penghidap penyakit tulang rapuh sejak lahir. Mereka telah melarikan diri daripada negara asal mereka Iran yang menentang hubungan sejenis dan mengenakan hukuman 50 sebatan kepada mereka yang bersalah.
Perkara yang membuatkan kami di sini bertambah terkejut dan mengucap panjang adalah imam yang mengahwinkan pasangan ini juga merupakan seorang gay. Imam yang dikenali dengan nama Ludovic Mohamed Zahid adalah seorang warga Algeria dan tinggal di Afrika Selatan. Zahed juga merupakan seorang aktivis yang aktif dalam mempertahankan golongan LGBT di negara-negara Islam.
Kami bukanlah orang yang arif untuk berbicara tentang soal hukum hakam agama namun yang pasti, upacara perkahwinan tersebut bukanlah dibuat mengikut hukum Islam walaupun masing -masing mengaku muslim.
Kedua-dua wanita tersebut memakai pakaian pengantin berwarna putih dan Maryam juga mengenakan selendang di atas kepalanya. Manakala Zahed, imam yang mengahwinkan mereka lengkap berpakaian yang melambangkan identiti seorang Muslim. Sweeden adalah salah satu negara yang membenarkan perkahwinan sesama jantina bermula pada tahun 2009.
0 Response to "(5 Gambar) Pasangan Lesbian Muslim Dikahwinkan Imam Gay"
Post a Comment