Aaron Aziz Dari Mat Jiwang Bollywood Jadi Mat Gengster!

Aaron Aziz Dari Mat Jiwang Bollywood Jadi Mat Gengster

Amboi apa cerita ni Aaron Aziz Dari Mat Jiwang Bollywood Jadi Mat Gengster.. Bosan-bosan tak tahu nak buat apa raya ke-6 layan cerita di youtube.. belum tengok cepat-cepatlah cheak it out youtube di bawah ni. Pasti kelakar habis....video lakonan Aaron Aziz masa mula-mula berlakon".

Reaksi pertama tengok video dibawah terkejut campur geli hati sebenarnya apa bakal anda tonton lagu dan tarian Bollywood yang menampilkan Aaron Aziz dengan seorang gadis. Weeweet..

Amboi...muda nau Aaron Aziz dalam video tu. Lebih kurus dan lebih hensem dari sekarang. Tapi, bila Aaron Aziz bukak saja step tarian Bollywoodnya, Haha memang dah tak tahan, rasa macam nak ketawa guling-guling.

Bukan apa...masa tu kan, dia baru mula nak berlakon. So, nampak sedikit keras, kaku dan kayulah. Lebih-lebih lagi bila kena menari tarian Bollywood yang stailnya memang macam Bollywood habislah...

Tarian Bollywood tersebut adalah salah satu daripada babak yang dimuatkan dalam siri Cinta Bollywood yang pernah disiarkan di saluran Suria, Singapura sekitar 2001 dulu.

So, kalau korang nak tengok video tarian Cinta Bollywood, Murai Batu ada kongsikan di bawah ini. Jom Check it out!



Khabarnya, siri Cinta Bollywood ini memang popular habis hingga ianya disambung ke musim yang seterusnya. Malah, dek kerana populariti siri drama ini juga, ianya bukan saja telah membantu menaikkan nama Aaron Aziz tetapi juga memberi peluang kepada dia untuk membawa pulang anugerah Best Male Actor in Supporting Role dalam (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik) dalam Anugerah Pesta Perdana 2002. 

Peminat-peminat di Singapura, betulkah informasi yang kami kongsikan pada korang semua ni. Kalau tak betul, Mohon y'all tolong betulkan mana yang tak betul. Please wahai pembaca-pembaca tersayang... 

Kembali kepada kerjaya lakonan Aaron Aziz,  sekitar 2004-2005 barulah Aaron Aziz berpeluang berlakon dalam drama terbitan Malaysia iaitu Haryati serta Sumayyah dan sejak itu tawaran demi tawaran yang diterimanya dari syarikat produksi di Malaysia sehinggalah membolehkan dia bergelar aktor Malaysia yang cukup sukses sekarang ini. -Itsmepicture.blogspot.com

0 Response to "Aaron Aziz Dari Mat Jiwang Bollywood Jadi Mat Gengster!"

Post a Comment