Biodata Emma Maembong Gadis Kacukan Melayu dan Scottish

Emma Maembong atau nama sebenar Fatimah Rohaini bt Ismail, mula mendapat perhatian dalam drama "Kau Yang Terindah", arahan Erma Fatima di samping pelakon kacak abang ala-ala 'k-pop' Nazim Othman dan juga Neelofa. 

Tapi tak ramai yang tahu tentang gadis comel perwatakan manja-manje ni. Untung si Zizan tut..tut.. dapat si Emma ni... Dibawah kami korek sedikit sebanyak maklumat Emma Maembong  dibawah:

Emma Maembong

Biodata Emma Maembong

Nama Sebenar: Fatimah Rohani binti Ismail
Nama Glamor: Emma Ma'embong
Umur: 19 (2012)
Tarikh Lahir: 27 Mac 1992
Twitter: emma_maembong
Facebook: Emma Ma'embong

Gadis berwajah Pan-Asian ini - kacukan Melayu dan Scottish; bagaimanapun, ibu bapanya sudah berpisah. Mempunyai 10 orang adik-beradik, salah seorang daripada adik perempuan Emma, Cha Cha juga pendatang baru dalam bidang lakonan.

Terbarunya, Cha Cha tampil di slot Lestary TV3, 'Mimpi Cindarella'. Abang Emma pula, Bakri, pemain dram kumpulan Gerhana Ska Cinta dan pernah berkhidmat untuk Flop Poppy, Meet Uncle Hussain dan Azlan & The Typewriter.

Selain berlakon, dia juga seorang model dan pelukis seperti ayahnya. Bersama ayah dan dua orang adik-beradiknya, mereka pernah mengadakan 'Pameran Seni Lukis Ismail Embong dan Anak-anak: Raja-raja, Kerajaan, Rakyat'.

Ada maklumat lain yang kami tidak tahu... boleh berkongsi dengan kami ruangan komen dibawah...

0 Response to "Biodata Emma Maembong Gadis Kacukan Melayu dan Scottish"

Post a Comment