Alyah & Ramli MS Sah Sudah Bernikah, Apa Pula Kata Jais? (8 Gambar)

Menurut laporan Berita Harian, Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengunjungi kediaman Ramli MS di Bandar Kinrara untuk menyiasat status hubungan beliau dengan Alyah.

Kalau korang nak tahu, ketika siasatan dijalankan, Alyah turut berada dilokasi tersebut tau! Pekerja yang bertugas untuk mengubahsuai banglo milik Ramli MS juga memberitahu Alyah kerap dilihat berada di banglo itu.

Rupa-rupanya, kami difahamkan, pasangan ini telah bernikah di Batam, Indonesia sejak setahun lebih lalu, tetapi masih belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini.

Hmm, kami masih lagi terkeju dan terkesima dengan berita ini. Perkahwinankan satu perkara yang baik, mengapa mesti disorokkan?

Alyah & Ramli MS

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah pun mengesahkan yang mereka telah pergi menjalankan siasatan di rumah Datuk Ramli MS di Bandar Kinrara, Puchong untuk mengesahkan desas-desus perkahwinan komposer terkenal ini dengan Alyah. Secara ringkasnya, JAIS telah diyakinkan bahawa pernikahahan antara Ramli MS dan Alyah telah berlaku di Batam, Indonesia.

Alyah & Ramli MS

Siasatan telah dilakukan oleh JAIS setelah menerima aduan daripada orang awam. Siasatan berjalan lancar dengan kesemua pihak yang terlibat memberikan kerjasama yang sangat baik. Berikut ialah kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh Pengarah JAIS, Tuan Ahmad Zaharin Mohd Saad.
Bahagian Penguatkuasaan JAIS berjaya diyakinkan bahawa pernikahan Datuk Ramli Mohamed Salleh bersama Noor Hasliah Abu Hassan (Alyah) telah berlaku di Batam, Indonesia.
Dokumen asal perkahwinan yang didakwa oleh pasangan ini akan diserahkan kepada JAIS pada Selasa ini untuk penelitian, semakan dan siasatan lanjut dari sudut undang-undang dan hukum syarak.

Alyah & Ramli MS

Alyah & Ramli MS

Alyah & Ramli MS

Alyah & Ramli MS

Alyah & Ramli MS
Namun pasti mereka berdua terutamanya Datuk Ramli MS ada sebab tersendiri untuk merahsiakan perkahwinan mereka. Nampak gayanya lepas ini kenalah panggil Alyah ‘Datin’. Hehehe. Tak gitu?

Selamat pengantin baru kepada Alyah dan Ramli MS

Kredit Foto : Instagram Alyah

0 Response to "Alyah & Ramli MS Sah Sudah Bernikah, Apa Pula Kata Jais? (8 Gambar)"

Post a Comment