Mr Arrogant Azlee Khairi Rancang Kahwin Hujung Tahun Di Kampung
Mula mencipta nama bersama siri televisyen Love You Mr Arrogant di TV3, Azlee Khairi pantas menjadi bualan para peminat dan nampaknya pelakon ini tidak menunggu lama untuk tamatkan zaman bujang walaupun sedang mencipta populariti.
Bercakap kepada Berita Harian Azlee Khairi mengakui yang beliau sedang giat membuat semua persiapan berkaitan untuk melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihan hatinya, Dayang Norlelawati Puteh, 31 sebelum hujung tahun ini.
“Persiapan kahwin memang kami sudah lakukan sedikit demi sedikit. Ada masa saja, kami akan buat persiapan. Tarikh kahwin memang seperti diketahui sebelum ini sekitar hujung tahun. Ia mungkin boleh jadi bulan September, Oktober, November atau Disember”
Azlee Khairi juga berkata yang majlis mereka hanya akan berlangsung secara kecil kecilan dan akan mengambi tempat di kampung halaman, Kuala Kangsar.
“Tarikh nikah memang belum dapat ditetapkan dek komitmen seni saya. Jadi persiapan kahwin, mana sempat kami pulun buat. Rancangnya kami nak bernikah di Kuala Kangsar yakni kampung saya. Itu pun sekadar majlis kecil-kecilan”
“Ada kesempatan dan rezeki lebih, kami rancang adakan majlis resepsi di ibu kota selain negara kelahiran bakal isteri saya iaitu di Brunei. Semua kena tengok keadaan. Apa yang penting, biar selesai urusan wajib seperti nikah dulu,“ tambah Azlee Khairi.
Bercakap tentang bakal isterinya, Azlee Khairi memaklumkan wanita itu pada awalnya dikenali atas dasar kerja sejak setahun lalu namun beliau sendiri tidak sedar bilakah cinta berputik antara mereka berdua dan yang pasti mereka serasi bersama.
Sumber: rtky/m
0 Response to "Mr Arrogant Azlee Khairi Rancang Kahwin Hujung Tahun Di Kampung"
Post a Comment