[Tahniah] Jaclyn Victor Sudah Kahwin


Tahniah kami diucapkan kepada Jaclyn Victor yangsudah pun melangsungkan perkahwinannya dengan salah seorang daripada anggota kumpulan R&B popular Amerika Syarikat, Az Yet iaitu Shawn Rivera. Majlis perkahwinan mereka telah berlangsung di The First Unitarian Church of Philadelphia, Amerika Syarikat secara tertutup. Jac telah memperkenalkan suaminya hari ini dalam satu sidang media di Istana Budaya.

 Jac dan Shawn berkenalan ketika merakamkan pemenang Malaysian Idol ini merakamkan single Magical Moment bersama kumpulan Az Yet. Untuk makluman, Shawn berusia 40 tahun sementara Jac berusia 36 tahun. Majlis perkahwinan mereka telah dihadiri oleh kaum keluarga terdekat sahaja. Majlis resepsi pula dijadualkan akan berlangsung September ini.

Tahniah diucapkan kepada Jac dan Shawn atas perkahwinan ini. Semoga bahagia sehingga ke akhir hayat. Semoga cepat-cepat menimang cahaya mata. Tahniah!!!

0 Response to "[Tahniah] Jaclyn Victor Sudah Kahwin "

Post a Comment