Maaf Jika Aku Tak Sempurna, Rindu Awak 200% Episod Akhir


Ada yang terlepas menonton episod akhir drama 'Rindu Awak 200%' semalam? Mesti semua melekat kat TV bukan, kalau ada yang terlepas boleh aje ulang tayang di tonton. Tapi mana boleh terlepas episod penamat drama yang paling digemari tu bukan.

Rasanya setakat ni Rindu Awak 200% antara drama terbaik yang berjaya membuatkan peminat memuji jalan ceritanya dari awal hinggalah ke episod terakhir.

Kalau ingat lagi, drama-drama popular seperti Ariana Rose dan Kerana Terpaksa Aku Relakan sebelum ni memang diterima baik tapi sayangnya jalan cerita episod akhirnya mengecewakan.



Tapi berbeza dengan Rindu Awak 200%, respon yang diterima oleh kebanyakan penonton rata-ratanya positif dan sambutan peminat berjaya melonjakkan nama drama tersebut menjadi trending di laman Twitter.

Dan dengan berakhirnya drama lakonan Zul Ariffin dan Ayda Jebat tersebut, sebuah bingkisan terbaru bakal menyusul dengan menampilkan Fahrin Ahmad dan Sara Ali sebagai teraju utama.


Naskhah terbaru itu berjudul Maaf Jika Aku Tak Sempurna (MJATS) yang juga diadaptasi dari sebuah novel karya Acik Lana.

Ramai sedia maklum bahawa beberapa episod awal kebiasaannya agak sukar diterima kerana penonton masih stuck dengan fenomena drama sebelum ini.

Jadi persoalannya, mampukan MJATS menenggelamkan aura Rindu Awak 200% sekaligus membuatkan penonton setia melekat di depan TV setiap petang?

Jika dilihat pada pemilihan pelakon pula, Fahrin Ahmad memang dikenali sebagai pelakon yang hebat tapi ada juga yang menganggap faktor usia Fahrin agak kurang sesuai membawakan watak utama.

Apapun, ianya terlalu awal untuk menilai tahap kehebatan drama terbaru ini. Mungkin Fahrin dan Sara Ali ada magic yang tersendiri, siapa tahu kan?

Sumber: OhBulan

0 Response to "Maaf Jika Aku Tak Sempurna, Rindu Awak 200% Episod Akhir"

Post a Comment