Sinopsis: Drama ‘Selamat Pengantin Madu’ Lakonan Fasha Sandha, Eina Azman

Selamat Pengantin Madu

Sinopsis drama terbaru 'Selamat Pengantin Madu'. Drama lakonan Fasha Sandha sebagai pelakon utama ini mengisahkan Hana (Fasha Sandha) yang mengecapi kebahagiaan rumah tangga bersama suaminya, Zulkifli (Aiman Hakim Ridza) tiba-tiba dilanda tamparan hebat dengan kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka. Lebih buruk apabila orang ketiga itu sah bergelar madunya. Madu Hana adalah Eina Azman yang dikahwini secara diam-diam oleh suaminya Zulkifli.

Pada suatu hari, Hana telah terjumpa satu surat layang yang mengatakan suaminya telah bernikah secara senyap-senyap. Lalu Hana berjumpa dengan kakak angkat yang mempunyai pengalaman yang lebih kurang untuk meminta nasihat. Pada mulanya Hana ingin meminta cerai kerana telah ditipu oleh suaminya, tetapi atas nasihat kakak angkatnya, dia memasang strategi untuk menambat semula hati suaminya. Hana telah melakukan pelbagai cara dari segi penampilan, cara melayan suami dan sebagainya untuk memenangi hati Zulkifli.

JUDUL : Selamat Pengantin Madu
TARIKH : 2014 (Rabu & Khamis, 9.00malam )
SIARAN : Slot Lestary TV3
PENGARAH : Ibrahim Elias
SKRIP : Noraini Baba
TERBITAN : Pesona Picturess Sdn Bhd
PELAKON : Fasha Sandha, Aiman Hakim Redza, Eina Azman, Dilla Ahmad, Marisa Yasmin, Ida Moin,

Berikut kami kongsikan gambar menarik di sebalik tabir drama menarik ini!

Selamat Pengantin Madu

Selamat Pengantin Madu

Selamat Pengantin Madu

Selamat Pengantin Madu

Video 'Selamat Pengantin Baru Episod 1

0 Response to "Sinopsis: Drama ‘Selamat Pengantin Madu’ Lakonan Fasha Sandha, Eina Azman"

Post a Comment