Masalah peha besar tapi tak tahu cara nak kuruskan peha. Ada 6 cara dapatkan peha yang kecil dan seksi seperti artis k-pop 'Girl Generation'. Pasti ada yang cemburu melihat peha Taeyeon, Jessica, Tiffany, Yuna, Yuri, Hyoyeon, Sunny, Sooyoung, Seohyun yang kecil dan nampak seksi walaupun ada di antara mereka yang terlalu kurus. Bukan sahaja peha mereka kecil dan seksi malah langsung tiada cacat cela ataupun selulit. Ini antara rahsia yang diamalkan untuk miliki peha sedemikian, apa yang penting anda kena rajin dan berdisiplin.
Makan kekacang - Kajian mendapati makan kekacang sangat baik untuk mengurangkan lemak di dalam badan. Selain bertindak untuk membakar lemak, kekacang juga berupaya mengurangkan risiko menghidap penyakit kanser.
Kurangkan makanan berlemak dan kalori - Banyakkan makan makanan yang mengandungi zat, vitamin, serat, protein dan kalsium. Seperti yang diketahui ramai, teh hijau sangat baik untuk membakar lemak di dalam tubuh.
Banyakkan minim air putih/air suam - Ia bertindak untuk memelihara kadar metabolisme dalam badan, selain mampu meneutralkan makanan yang tinggi kadar gula.
Riadah - Dalam sehari, kamu dikehendaki berjalan kaki minimum 20 hingga 30 minit. Aktiviti ini mampu memecahkan sebahagian besar lemak yang terkumpul di bahagian paha.
Senaman - Lakukan senaman dengan berbaring di lantai sambil mengangkat kedua-dua belah kaki. Angkat kaki kamu sekitar 15 hingga 20 sentimeter dari lantai. Lakukan secara berulang kali sehingga kamu berasa lenguh di bahagian paha. Ia boleh diamalkan sebelum kamu tidur.
Bongkokkan badan - Berdiri dalam keadaan tegak dengan kaki rapat di antara dua betis. Regangkan tangan kamu dan bongkokkan badan sehingga jari kamu mencecah jari kaki. Tahan seketika dan ulang beberapa kali.
0 Response to "6 Cara Dapatkan Peha Kecil & Seksi Seperti 'Girl Generation'"
Post a Comment