Dunia semakin pelik wanita ini ubah wajah untuk kelihatan seperti lukisan karikatur. Ketika berusia 15 tahun, Krystina Butel pergi bercuti dan memutuskan untuk membuat lukisan karikatur dirinya, sejak itu dia mula jatuh cinta akan lukisan karikatur dan berhasrat untuk kelihatan seperti itu sehingga sanggup berhabisan lebih $ 200,000.
Kini, Krystina berusia 30 tahun miliki perniagaaan salon rambut, sudah melalui pembedahan pembesaran payu dara lima kali, suntikan bibir, botoks, pemutihan gigi dan juga semi-permanent makeup untuk kekal seperti dalam lukisan karikatur.
Walaupun kebanyakan orang memilih untuk menyimpan lukisan tersebut sebagai kenangan tetapi tidak pada Krystina. Krystina memutuskan untuk benar-benar menyerupai karikatur tersebut. Disebabkan itu, dia menghabiskan masa, tenaga dan wang ke pusat rawatan kecantikan dengan melakukan pembedahan plastik bagi melaksanakan matlamatnya.
Malah, menurutnya lagi, apabila tua, dia akan melakukan lebih banyak prosedur untuk kekal seperti lukisan karikatur. Krystina bercadang untuk ke Brazil ataupun Amerika kerana merasakan pakar bedah di United Kingdom tidak dapat memperbaiki atau mengubah dirinya lagi. Perancangan seterusnya adalah eyebrow lift, butt implants, breast augmentation, botox, fillers, dan bigger lip implants.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Wanita Ini Ubah Wajah Untuk Kelihatan Seperti Lukisan Karikatur (5 Gambar)"
Post a Comment