Putera George Bakal Dapat Adik, Kate Middleton Mengandung Lagi?

Putera George Bakal Dapat Adik, Kate Middleton Mengandung Lagi

Terbaru menurut Kensington Palace,  Duchess of Cambridge hamil sekali lagi. Kate Middleton yang kini berumur 32 tahun, bakal menimang bayi keduanya tahun depan bersama suaminya Putera William. Sebelum ini pasangan itu telah dikurniakan anak lelaki yang comel iaitu Putera George yang kini sudah berumur setahun.

Malangnya Kate sekali lagi menderita dengan keadaan hiperemesis gravidarum, yang menyebabkan kesakitan yang melampau di kalangan wanita hamil. Hiperemesis gravidarum biasanya dialami oleh setiap seorang ibu daripada 50 kehamilan dan jauh lebih serius daripada loya yang biasa dialami oleh ibu-ibu mengandung. - Itsmepicture.blogspot.com

Keadaan ini boleh menyebabkan dehidrasi yang teruk dan meletakkan kedua-dua ibu dan bayi berisiko kekurangan nutrien penting. Pesakit boleh muntah sehingga 30 kali sehari, dengan kesan-kesan yang amat meletihkan dan berbahaya.  Mereka sukar untuk makan atau minum dan boleh kehilangan sehingga 10 peratus daripada berat badan mereka, yang boleh mencetuskan pengumpulan toksin dalam darah atau air kencing yang dikenali sebagai ketosis apabila badan cuba untuk mengimbangi kekurangan makanan melalui mulut.

Sumber

0 Response to "Putera George Bakal Dapat Adik, Kate Middleton Mengandung Lagi?"

Post a Comment