Gambar Siti Saleha Bercuti di Salang Beach, Pulau Tioman Jadi Bahan Lucah!
Siti Saleha artis tengah meletop buat masakini. Sebelum itu kami beri amaran dahulu, artikel ini tidak sesuai untuk tontonan umum kerana ia mengandungi bahasa atau perkataan yang agak lucah untuk dibaca. Kami maklum awal-awal supaya tidaklah nanti kami dikatakan menjadi penyebar cerita lucah pula!
Macam ni ceritanya, rasanya ramai sedia maklum bahawa pelakon yang tengah top sekarang, Siti Saleha sedang bercuti di Salang Beach, Pulau Tioman.
Namun ada berita tak sedap yang kami terima apabila ada sumber-sumber memberitahu bahawa sekeping foto Siti Saleha yang sedang duduk di tepi pantai jadi bahan lucah pula.
Bagaimanapun, apabila kami jengah sendiri ke laman Instagram pelakon cantik itu, komen-komen tersebut didapati bukan sahaja mencemari sekeping gambar, tapi boleh dikatakan majoriti gambarnya dibanjiri dengan kata-kata tak senonoh. Kami pula yang rasa takut!
Ada juga yang berpendapat Saleha kerap menjadi mangsa lucah kerana gaya pakaiannya yang seksi. Tapi bila diperhatikan, foto yang tak mendedahkan bahagian tak sepatutnya pun tetap dijadikan bahan seksual. Tak fahamlah, mungkin Saleha kena buat sesuatu untuk membendung perangai tak senonoh segelintir pengikutnya di laman sosial.
0 Response to "Gambar Siti Saleha Bercuti di Salang Beach, Pulau Tioman Jadi Bahan Lucah!"
Post a Comment