Sasha Saidin Jadi Model Fesyen Islamic

Sasha Saidin Jadi Model Fesyen Islamic

Sasha Saidin bekas anggota kumpulan Elite, meskipun sekarang tidak lagi aktif menyanyi. Sasha Saidin tidak terhenti begitu sahaja kerana sekarang dia bakal terbang ke Padang, Indonesia bagi menjayakan sebuah pertunjukan fesyen di sana.

Bukan untuk menyanyi atau berlakon tetapi khidmatnya kali ini akan digunakan sebagai model bagi menjayakan pertunjukan fesyen Islamic Fashion Festival (IFF) di republik berkenaan pada 25 hingga 28 Ogos depan.

Ditemui ketika majlis rumah terbuka Aidilfitri LOL Entertaiment baru-baru ini, Sasha Saidin berkata dia sangat terharu lagi berbesar hati apabila pihak IFF telah memilihnya untuk menjayakan pertunjukan fesyen berkenaan di sana nanti.

“Saya rasa sangat bertuah kerana dapat mewakili negara dan berpeluang bertemu rakan-rakan baru serta dapat menjelajah ke destinasi baru.

“Sebenarnya saya pernah menjadi model iaitu untuk menjayakan sesi fotografi majalah Wanita di Bukit Tinggi, Sumatera.

“Tet api ini adalah kali pertama saya akan bersama-sama IFF dan mengadakan pertunjukan fesyen di Padang, Indonesia” katanya.

Shasha Saidin telah mencuri perhatian ramai dengan membuat comeback dengan imej terbarunya iaitu gaya rambut perang yang sememangnya sesuai dengan kulit wajah serta personalitinya.

IFF merupakan projek fesyen bertaraf antarabangsa yang telah diperkenalkan oleh Dato Raja Rezza Shah dalam memartabatkan fesyen muslimah di peringkat dunia.

Kata Shasha Saidin, selepas sahaja pulang dari  Padang, dia akan bertolak pula ke Uzbekistan pada 29 Ogos depan bagi memenuhi penggambaran drama terbitan RTM bertajuk Fajar di Bukhara.

0 Response to "Sasha Saidin Jadi Model Fesyen Islamic "

Post a Comment