Warga San Francisco Protes Konsert Beyonce dan Jay Z.. Sebab Apa?


Selebriti paling terpengaruh masing-masing mempunyai jumlah peminat yang besar di pelusuk negera. Bukan pada rupa tapi bakat semulajadi.. Siapa yang tidak kenal bukan?

Apa pun ada khabar yang kurang sedap di didengar apabila timbul buah mulut yang mengatakan bahawa konsert bintang tersohor ini diprotes.

Desas-desus itu disahkan menerusi laporan Kapanlagi.com apabila konsert On The Run telah diprotes oleh warga San Francisco. Tapi, apa sebab konsert mereka diprotes ya?


Jay Z

Jay Z berkoloborasi bersama Beyonce untuk konsert On The Run

Rupa-rupanya konsert  yang diadakan pada 6 Ogos lalu di AT&T Park mendapat kritikan apabila ia dikatakan mengganggu ketenteraman warga setempat akibat bunyi yang terlampau bingit.

Malah, bunyi dentuman konsert tersebut terdengar sehingga ke wilayah lain yang mana membuatkan kebanyakan penduduk tidak boleh tidur.

Bagaimanapun, pihak bertanggungjawab iaitu San Fransisco Giants dan Giants Enterprise telah memohon maaf atas kesulitan yang terjadi.

Terima kasih OhBulan.

0 Response to "Warga San Francisco Protes Konsert Beyonce dan Jay Z.. Sebab Apa?"

Post a Comment