Pelakon, Along Eyzendy akui ditahan polis di kelab malam pada April lalu. Namung Along Eyzendi kini tampil membersihkan namanya menceritakan perkara sebenarnya berlaku pada malam tersebut.
Along Eyzendi memang terkenal dengan watak yang kelakar dari segi lakonan mungki sebab mukanya yang nampak slumber. Antara filem yang walaupun bukan sebagai watak utama lakonan dia amat membantu seperti filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang, Longkai, Lagenda Budak Hostel, Karak, dan banyak lagi
Ini penjelasan Along kepada Mstar:
"Saya berada di kelab malam itu adalah bagi menemani seorang rakan untuk mencari tempat penggambaran sebuah drama. Dia sengaja membawa saya bagi memudahkan urusan dengan pihak kelab tersebut kerana saya seorang artis.
"Bila berlaku serbuan pada malam itu, saya turut ditahan bersama pengunjung kelab malam yang lain dan sampel air kencing kami diambil bagi memastikan sama ada terdapat atau tidak dadah dalam badan. Alhamdulillah saya lepas dengan dua ujian yang dilakukan,"
"Saya baca di blog-blog yang menulis berita tentang itu, ada yang menambah-nambah hingga mendakwa saya terlibat dengan gejala tidak bermoral itu. Saya bukan kaki kelab malam, saya hanya pergi atas urusan tertentu sahaja.
"Saya tidak mahu komen kerana saya tidak mahu orang cakap tentang perkara ini, lagi pula ia tidak ada sebarang kes pun terhadap saya,"
"Keluarga mana yang tidak marah jika perkara tersebut terjadi kepada ahli keluarga mereka. Saya sudah beritahu apa yang berlaku pada malam itu.
"Alhamdulillah mereka memahami kerjaya saya dan lumrah kehidupan sebagai artis yang mudah terdedah dengan berita negatif,"
0 Response to "Pelakon Akui Kena Tahan Di Kelab Malam"
Post a Comment