Setiap kali menjelangnya lebaran, bintang Bollywood, Dato' Shah Rukh Khan memang dikenali sebagai salah seorang selebriti yang sentiasa meraikan perayaan Aidilfitri dengan begitu meriahnya.
Pada tahun lepas, Shah Rukh telah mengadakan parti Aidilfitri di kediamannya di Bandra, secara besar-besaran sempena kejayaan filemnya di kediamannya, Chennai Express.
Namun, tahun ini, Shah Rukh Khan dilaporkan tidak meraikan langsung kedatangan lebaran pada kali ini. Apakah yang menyebabkan Shah Rukh Khan bertindak sedemikian?
Sebenarnya, ia bukanlah disebabkan apa-apa, namun Shah Rukh Khan memberitahu bahawa dia sangat sibuk membuat persiapan dengan filem terbaru lakonanya, Happy New Year arahan Farah Khan.
“Shah Rukh Khan mempunyai jadual yang padat kebelakangan ini. Promosi untuk filem Happy New Year sepatutnya sudah pun bermula dan ada yang perlu dilakukan bagi memastikan rangka promosi filem itu berjaya dilakukan dengan berkesan," kata satu sumber.
Dalam pada itu, Shah Rukh Khan juga telah membuat perancangan untuk mengadakan konsert jelajah satu dunia yang dinamakan Slam! sempena mempromosikan Happy New Year.
Happy New Year yang sekali lagi menggandingkan Shah Rukh Khan dengan aktres Deepika Pandukone telah diterbitkan oleh isteri Shah Rukh Khan sendiri iaitu Gauri Khan.
Filem ini bakal ditayangkan sempena perayaan Diwali pada 23 Oktober nanti dan konsert jelaha dunia Slam! pula akan bermula di Houstan, Amerika Syarikat pada 19 September diikuti dengan tempat-tempat lain seperti New Jersey, Toronto, Chicago, Vancouver and San Jose.
Menariknya, konsert jelajah dunia Slam! ini tidak hanya akan dijayakan oleh Shah Rukh Khan bersama Deepika Pandukone semata-mata, tetapi ia juga turut menampilkan kesemua barisan pelakon Happy New Year yang lain.
0 Response to "Penjelasan Shah Rukh Khan Tak Sambut Syawal Pada Tahun Ini..."
Post a Comment