Joe Flizzow Memakai Baju Tulis Lucah..?

Agak tak masuk akal tetapi inilah kenyataan. Mungkin terlalu ramai individu yang mahu bergambar dengannya sehinggakan Joe Flizzow tidak menyedari 2 individu di bawah memakai baju tulisan lucah. Apabila gambar ini dikongsikan di laman sosial, para peminat penyanyi rap ini meluahkan rasa kecewa mereka. Iyerlah, tak sesuai dengan imej kita selaku orang Melayu dan orang Islam.



Apa yang pelik ialah ada juga orang yang sanggup merekabentuk baju dengan tulisan sebegini. Pelik-pelik manusia sekarang. Macam mana la diorang ini boleh dapat idea yang tidak masuk akal. Akibat gambar ini, Joe Flizzow mengakui tertekan dah hampir mahu melarikan diri. Kata Joe:-
Saya hadir sebuah acara fesyen dan seorang pereka fesyen memberi sehelai baju T dengan tulisan “Jantan” untuk tujuan promosi, saya rasa ia cool dan cantik. Apabila saya pakai ada dua orang individu lain yang pakai baju T dengan label yang sama ingin bergambar. Selepas bergambar baru saya sedar tulisan pada baju mereka agak lucah.
Saya sudah memberi amaran kepada mereka agar tidak memuat naik gambar tersebut bagi mengelakkan kontroversi. Selepas gambar tersebut tersebar saya dapat banyak respons negatif terutamanya pengguna laman sosial. Ramai yang menuduh baju tersebut merupakan baju yang saya jual. Sebenarnya saya hanya ada baju bertulisan Havoc sahaja.
Mereka juga mengugut untuk memboikot kedai saya, namun Alhamdulillah sehingga kini perniagaan saya tidak terjejas.Saya sudah minta maaf kepada semua secara terbuka di laman Twitter tentang gambar tersebut. Pada awalnya saya agak tertekan hingga terfikir untuk ‘lari’ sekejap, namun ibu saya menghalang dan meminta saya bersabar

Diharap Joe Flizzow dan selebriti-selebriti lain lebih berhati-hati di masa akan datang. Segala perbuatan anda diperhatikan oleh orang ramai. Mana yang rasa tak sesuai, janganlah kongsi di laman sosial. Nanti maruah sendiri yang jatuh. Tak gitu? Info asal Mstar Online.

0 Response to "Joe Flizzow Memakai Baju Tulis Lucah..?"

Post a Comment