10 Rahsia Kecantikan Neelofa Nampak Lebih Jelita
Neelofa, gadis kelahiran Kelantan ini memang cukup prihatin dalam soal kecantikan dan kesihatan. Maka, tidak hairan jika dia memiliki jenama produk makanan tambahan sendiri.
1. Memilih Charlize Theron, Miranda Kerr dan Nadya Hutagalung sebagai ikon kecantikan.
2. Neelofa amalkan minum air kosong dengan banyak bagi kekal tampak muda. Bila tekak kita dah biasa dengan air kosong kita rasa dah tak nak minum air lain, air kosong lebih lebih refreshing. “Nasihat saya, banyakkan minum air kosong dan lupakan air minuman yang manis”.
3. Neelofa menggunakan rawatan minyak argan agar akar rambut lembap dan sihat.
4. Disebabkan menggunakan banyak alat solek, Neelofa memastikan setiap kali habis kerja, pasti akan mencuci muka dengan cleansing oil dan mengambil supplement.
5. Untuk memastikan kulit kekal dan tampak segar, Neelofa melakukan rawatan mandi ais (ice theraphy) di Shah Alam. Bayangkan situasi yang mana ada baldi, air dan ais yang sejuk. Kemudian mandi dari hujung kaki sehingga ke kepala. Rawatan ini membantu menguatkan tulang dan kulit serta mengurangkan penyakit. Malah, kulit tampak berbeza selepas rawatan dan nampak segar walaupun tidak mengenakan solekan.
6. Mengambil supplement seperti Bella Vita untuk semua sama ada kulit dan dalaman.
7. Neelofa tidak makan dengan kerap dan selepas jam 7 malam.
8. Menurut Neelofa, makanlah apa yang dingini tetapi kawal kuantiti hidangan. Paling penting, kena tahu waktu yang sesuai untuk makan. Kalau makan tengahari, jangan makan pada waktu 4 petang kerana apabila matahari tegak di atas kepala, metabolisme badan sangat tinggi. Jadi, apa yang kita akan cepat hilang dan kita akan rasa walaupun sudah makan.
9. Senaman – Neelofa bersenam di gim, badminton, berenang dan kick boxing. Melakukan semua senaman ini sekurang-kurangnya tiga atau empat kali seminggu.
10. Sajian yang diambil setiap hari – Sarapan dengan roti bakar bersama Nutella atau jem strawberi. Tengah hari dan malam, makan nasi dengan lauk tetapi tidak pada makanan yang terlalu berminyak. Pada masa yang sama, makan snek seperti buah dan chips.
Majalah EH! Rahsia Cantik 15 Selebriti, Gambar via Instagram Neelofa lagi 18 gambar PANAS!!!!
Neelofa Beraya Di Kelantan, Bersama Tok Guru Nik Aziz
0 Response to "10 Rahsia Kecantikan Neelofa Nampak Lebih Jelita"
Post a Comment